Soalan Tugasan 3
BLOG INDIVIDU
Secara individu, pelajar dikehendaki menghasilkan satu blog yang berkaitan dengan salah satu daripada bidang berikut; sosial, sejarah, keusahawanan, pendidikan atau teknologi. Kandungan maklumat yang berinformasi berkaitan bidang yang dipilih dan grafik yang sesuai perlu dimasukkan dengan menggunakan kemahiran TMK melalui aplikasi perisian komputer bagi menjadikan blog itu menarik.
Secara individu, pelajar dikehendaki menghasilkan satu blog yang berkaitan dengan salah satu daripada bidang berikut; sosial, sejarah, keusahawanan, pendidikan atau teknologi. Kandungan maklumat yang berinformasi berkaitan bidang yang dipilih dan grafik yang sesuai perlu dimasukkan dengan menggunakan kemahiran TMK melalui aplikasi perisian komputer bagi menjadikan blog itu menarik.
KENALI PERENTAK JANTUNG
Perentak jantung buatan adalah salah satu daripada peranti
dalam bidang perubatan yang menggunakan denyutan elektrik. Denyutan elektrik
ini dihantar oleh elektrod yang bersentuhan dengan otot jantung. Fungsinya
adalah untuk mengawal degupan jantung. Sebenarnya, fungsi utama perentak adalah
untuk mengekalkan nadi jantung yang mencukupi, sama ada disebabkan
ketidaklajuan perentak jantung semulajadi atau terdapat penghalang pada system
perjalanan elektrik yang terdapat pada jantung. Kini perentak boleh
diprogramkan secara luaran hasil daripada teknologi yang semakin pesat
membangun. Hal ini membolehkan pakar jantung membuat pilihan mod rentak yang
terbaik untuk pesakit secara individu. Ada juga yang menggabungkan perentak
dengan defibrilator dalam sebuah peranti implan.
Ada juga yang mempunyai pelbagai elektrod untuk merangsang
posisi yang berbeza di dalam jantung. Fungsinya adalah untuk memperbaik
penyegerakan di kedua-dua ventrikel pada jantung. Material yang digunakan untuk
membuat perentak jantung mestilah material yang lengai dari segi farmakologi,
tidak mempunyai bahan toksik, boleh dibersihkan, dan mampu berfungsi di dalam
badan manusia. Terdapat pelbagai bahagian pada perentak jantung yang diperbuat
daripada material yang bioserasi seperti perumah, mikroelektronik dan plumbum.
Biasanya perumah diperbuat daripada titanium atau aloi titanium. Plumbumnya juga
diperbuat daripada aloi logam tetapi ditebat dengan menggunakan polimer seperti
polyurethane. Hanya hujung logam plumbum sahaja yang terdedah atau terbuka.
Pelitarannya pula biasanya diperbuat daripada semikonduktor silicon yang telah
diubahsuai.
CARA PERENTAK JANTUNG BERFUNGSI
Perentak jantung berfungsi untuk mengawal denyutan jantung
bagi mendapatkan denyutan dalam irama yang teratur. Perentak jantung tidak
mengambil alih tugas atau fungsi sinoatrial node (SA), tetapi hanya memperbaik
apabila terjadinya gangguan dalam denyutan jantung. Perentak jantung terdiri
daripada dua bahagian utama antaranya ialah penjana dan lead. Penjana pada
dasarnya adalah komputer kecil yang mengandungi bateri dan komponen elektronik
yang lain yang diletakakan di dalam perumah titanium. Selain daripada itu, lead
pula merupakan wayar feksibel berpenebat yang mengalirkan isyarat ulang-alik
elektrik antara penjana dan jantung. Salah satu hujung lead dilekatkan pada
penjana dan hujung yang lagi satu dimasukkan melalui vein ke jantung.
Kebanyakan perentak jantung sekarang menggunakan dua lead ; satu dilekatkan
pada atrium kanan dan lagi satu pada ventrikel kanan. Perentak jantung bekerja
dengan memantau aktiviti elektrik jantung dan membuat keputusan bila untuk
"rentak". Apabila kadar denyutan jantung anda menjadi terlalu
perlahan, peranti rentak akan mengesan masalah tersebut dan menghantar isyarat
elektrik yang kecil kepada otot jantung. Hal ini akan menyebabkan jantung
mengecut dan mengembalikan irama deyutan jantung kepada normal. Perentakan
boleh dilakukan dari atrium kanan, ventrikel kanan atau kedua-duanya. Di
samping itu, perentak jantung juga akan menentukan atau pun memutus sama ada
untuk merentak atau tidak berdasarkan pada kadar asas denyutan jantung normal.
Ia juga akan menentukan chamber mana yang akan di rentak. Kepintaran perentak
akan memastikan bahawa kadar denyutan jantung yang sesuai sentiasa hadir dan
selain dari itu juga aktiviti kardiak chamber sentiasa dilaraskan. Perentak
jantung boleh diprogramkan, bermaksud fungsi-fungsi khusus yang dilakukan boleh
diubah pada bila-bila masa sahaja. Kod-kod program perentak jantung boleh
dilakukan dengan menghantar arahan baru kepada penjana secara wireless dengan
menggunakan alat khas yang dikenali sebagai programmer. Sebagai contoh, doktor
anda dengan mudah boleh diprogramkan semula perentak jantung anda untuk menukar
kadar denyutan jantung anda kepada yang dikehendaki.
PERANTI LAIN YANG HAMPIR SAMA DENGAN PERENTAK JANTUNG
Implantable cardioverter defibrillator (ICD) adalah alat
yang hampir sama fungsinya dengan perentak jantung tetapi alat ini lebih besar
berbanding perentak jantung. ICD terdiri daripada generator, satu atau lebih
plumbum dan elektrod pada setiap plumbum. Kebanyakan ICD yang terbaru boleh
bertindak sebagai perentak jantung dan defibrillators. Denyutan jantung yang
semakin laju akan dikesan oleh ICD dan ICD akan segera menghantar kejutan
elektrik untuk menstabilkan semula denyutan jantung tersebut. Selain itu, ICD
juga mempunyai satu lagi jenis rawatan untuk sesetengah irama denyutan jantung
yang laju iaitu dipanggil anti-tachycardia pacing (ATP). Apabila ATP digunakan,
dedenyut perentak yang laju akan dihantar untuk membetulkan kembali irama
tersebut kepada normal. Selepas kejutan dihantar, mod simpanan perentak akan digunakan
jika perlu tetapi ia hanyalah untuk sementara waktu sahaja. Prosedur untuk
memasukkan ICD adalah sama dengan perentak jantung. Prosedur ini biasanya
dilakukan didalam Makmal Elektrofisiologi (EP) atau Makmal Catheterization
Jantung. Perbezaan di antara ICD dengan perentak jantung adalah ICD menggunakan
tenaga denyutan elektrik yang rendah untuk mengembalikan irama denyutan jantung
kepada normal. Tetapi sekiranya irama denyutan jantung tidak kembali kepada
normal, ICD akan menggunakan tenaga denyutan elektrik yang tinggi sehingga
ventrikal jantung bergetar dan irama denyutan jantung kembali normal. Manakala
perentak jantung hanya mengunakan tenaga denyutan elektrik yang rendah dan
hanya digunakan untuk merawat irama denyutan jantung yang kurang berbahaya.
BAGAIMANA PERENTAK INI BERFUNGSI?