Tuesday, August 20, 2019

ARTIFICIAL CARDIAC PACEMAKER



Soalan Tugasan 3
BLOG INDIVIDU
Secara individu, pelajar dikehendaki menghasilkan satu blog yang berkaitan dengan salah satu daripada bidang berikut; sosial, sejarah, keusahawanan, pendidikan atau teknologi. Kandungan maklumat yang berinformasi berkaitan bidang yang dipilih dan grafik yang sesuai perlu dimasukkan dengan menggunakan kemahiran TMK melalui aplikasi perisian komputer bagi menjadikan blog itu menarik.



KENALI PERENTAK JANTUNG



Perentak jantung buatan adalah salah satu daripada peranti dalam bidang perubatan yang menggunakan denyutan elektrik. Denyutan elektrik ini dihantar oleh elektrod yang bersentuhan dengan otot jantung. Fungsinya adalah untuk mengawal degupan jantung. Sebenarnya, fungsi utama perentak adalah untuk mengekalkan nadi jantung yang mencukupi, sama ada disebabkan ketidaklajuan perentak jantung semulajadi atau terdapat penghalang pada system perjalanan elektrik yang terdapat pada jantung. Kini perentak boleh diprogramkan secara luaran hasil daripada teknologi yang semakin pesat membangun. Hal ini membolehkan pakar jantung membuat pilihan mod rentak yang terbaik untuk pesakit secara individu. Ada juga yang menggabungkan perentak dengan defibrilator dalam sebuah peranti implan.




Ada juga yang mempunyai pelbagai elektrod untuk merangsang posisi yang berbeza di dalam jantung. Fungsinya adalah untuk memperbaik penyegerakan di kedua-dua ventrikel pada jantung. Material yang digunakan untuk membuat perentak jantung mestilah material yang lengai dari segi farmakologi, tidak mempunyai bahan toksik, boleh dibersihkan, dan mampu berfungsi di dalam badan manusia. Terdapat pelbagai bahagian pada perentak jantung yang diperbuat daripada material yang bioserasi seperti perumah, mikroelektronik dan plumbum. Biasanya perumah diperbuat daripada titanium atau aloi titanium. Plumbumnya juga diperbuat daripada aloi logam tetapi ditebat dengan menggunakan polimer seperti polyurethane. Hanya hujung logam plumbum sahaja yang terdedah atau terbuka. Pelitarannya pula biasanya diperbuat daripada semikonduktor silicon yang telah diubahsuai.


CARA PERENTAK JANTUNG BERFUNGSI



Perentak jantung berfungsi untuk mengawal denyutan jantung bagi mendapatkan denyutan dalam irama yang teratur. Perentak jantung tidak mengambil alih tugas atau fungsi sinoatrial node (SA), tetapi hanya memperbaik apabila terjadinya gangguan dalam denyutan jantung. Perentak jantung terdiri daripada dua bahagian utama antaranya ialah penjana dan lead. Penjana pada dasarnya adalah komputer kecil yang mengandungi bateri dan komponen elektronik yang lain yang diletakakan di dalam perumah titanium. Selain daripada itu, lead pula merupakan wayar feksibel berpenebat yang mengalirkan isyarat ulang-alik elektrik antara penjana dan jantung. Salah satu hujung lead dilekatkan pada penjana dan hujung yang lagi satu dimasukkan melalui vein ke jantung. Kebanyakan perentak jantung sekarang menggunakan dua lead ; satu dilekatkan pada atrium kanan dan lagi satu pada ventrikel kanan. Perentak jantung bekerja dengan memantau aktiviti elektrik jantung dan membuat keputusan bila untuk "rentak". Apabila kadar denyutan jantung anda menjadi terlalu perlahan, peranti rentak akan mengesan masalah tersebut dan menghantar isyarat elektrik yang kecil kepada otot jantung. Hal ini akan menyebabkan jantung mengecut dan mengembalikan irama deyutan jantung kepada normal. Perentakan boleh dilakukan dari atrium kanan, ventrikel kanan atau kedua-duanya. Di samping itu, perentak jantung juga akan menentukan atau pun memutus sama ada untuk merentak atau tidak berdasarkan pada kadar asas denyutan jantung normal. Ia juga akan menentukan chamber mana yang akan di rentak. Kepintaran perentak akan memastikan bahawa kadar denyutan jantung yang sesuai sentiasa hadir dan selain dari itu juga aktiviti kardiak chamber sentiasa dilaraskan. Perentak jantung boleh diprogramkan, bermaksud fungsi-fungsi khusus yang dilakukan boleh diubah pada bila-bila masa sahaja. Kod-kod program perentak jantung boleh dilakukan dengan menghantar arahan baru kepada penjana secara wireless dengan menggunakan alat khas yang dikenali sebagai programmer. Sebagai contoh, doktor anda dengan mudah boleh diprogramkan semula perentak jantung anda untuk menukar kadar denyutan jantung anda kepada yang dikehendaki.



PERANTI LAIN YANG HAMPIR SAMA DENGAN PERENTAK JANTUNG



Implantable cardioverter defibrillator (ICD) adalah alat yang hampir sama fungsinya dengan perentak jantung tetapi alat ini lebih besar berbanding perentak jantung. ICD terdiri daripada generator, satu atau lebih plumbum dan elektrod pada setiap plumbum. Kebanyakan ICD yang terbaru boleh bertindak sebagai perentak jantung dan defibrillators. Denyutan jantung yang semakin laju akan dikesan oleh ICD dan ICD akan segera menghantar kejutan elektrik untuk menstabilkan semula denyutan jantung tersebut. Selain itu, ICD juga mempunyai satu lagi jenis rawatan untuk sesetengah irama denyutan jantung yang laju iaitu dipanggil anti-tachycardia pacing (ATP). Apabila ATP digunakan, dedenyut perentak yang laju akan dihantar untuk membetulkan kembali irama tersebut kepada normal. Selepas kejutan dihantar, mod simpanan perentak akan digunakan jika perlu tetapi ia hanyalah untuk sementara waktu sahaja. Prosedur untuk memasukkan ICD adalah sama dengan perentak jantung. Prosedur ini biasanya dilakukan didalam Makmal Elektrofisiologi (EP) atau Makmal Catheterization Jantung. Perbezaan di antara ICD dengan perentak jantung adalah ICD menggunakan tenaga denyutan elektrik yang rendah untuk mengembalikan irama denyutan jantung kepada normal. Tetapi sekiranya irama denyutan jantung tidak kembali kepada normal, ICD akan menggunakan tenaga denyutan elektrik yang tinggi sehingga ventrikal jantung bergetar dan irama denyutan jantung kembali normal. Manakala perentak jantung hanya mengunakan tenaga denyutan elektrik yang rendah dan hanya digunakan untuk merawat irama denyutan jantung yang kurang berbahaya.

BAGAIMANA PERENTAK INI BERFUNGSI?





1 comment: